Kelahiran Muhammad adalah seperti bayi
lain juga. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dia di lahirkan di Mekah
pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571
Masihi. Muhammad adalah berketurunan
Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Datukn neneknya
adalah ketua kaum Arab yang bertugas menjaga Kaabah yang pernah diancam
oleh tentera-tentera Habsah.
Datuk Muhammad bernama Abdul Mutalib bin Hasyim dan bapa saudaranya
bernama Abu Talib. Keturunan keluarganya berminat dalam perniagan dan
menternak binatang-binatang terutamanya unta. Kelahiran Muhammad sudah
di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya
lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir
ke dunia dan dialah nabi yang terakhir.
Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi
keadaan keliling amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu
melahirkan. Muhammad lahir dengan selamat, disaksikan oleh Mak Bidan.
Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad
tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi
Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya
kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.
“Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar
seolah-olah merenung sesuatu diatas,,” kata Mak Bidan. Aminah terbaring,
diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.
“Luar biasa anak ini, ” ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh
bayi itu. “Apa yang luar biasa?’ Tanya Aminah. “Biasanya, bayi lahir
terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit,
jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga
merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia
mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan.”
Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada
jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak
Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah.
Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri
dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia.
Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan
terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke
rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan
anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada
satu tarikan pada tubuhnya.
Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad.
Mereka sayang kepada Muhammad. “Alangkah gembiranya aku kalau mendapat
seorang anak seperti ini,” kata diantara wanita yang datang itu.
Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat.
Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan
Aminah pun turut datang melihat Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut
kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah.
Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada
penduduk-penduduk di situ.
“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di
masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua
sambil menepuk-nepuk tubuhnya.
Sungguhpun begitu nasib Muhammad sungguh malang. Ketika dia
dilahirkan, bapanya sudah kembali kerahmatullah. Bapanya meninggal
ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Kira-kira dua bulan sebelum
Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia
tidak sempat melihat wajah anak yang ti tunggunya. Sebagai seorang
isteri, yang punya kasih sayang terhadap suami, Aminah mengalami
penderitaan yang hebat.
Tetapi, Aminah tetap sabar. Orang yang dikasihi pulang kepada Allah.
Abdullah jatuh sakit dalam perjalanan pulang dari Syam. Abdullah adalah
seorang ahli perniagan. Dia selalu merantau kerana urusan
perniagannya. Kali akhir dia mengembara untuk berniaga ialah ke Syam.
Dalam perjalanan pulang, dia singgah di Madinah. Sampai di situ Abdullah
jatuh sakit.
Tapi, dari hari ke hari penyakitnya semakin tenat. Dia puas juga
berubat, tapi tidak juga sembuh. Akhirnya dia menhembus nafas yang
akhir. Aminah seolah-olah hilang akal. Hatinya bertambah sedih bila
mengingatkan bayi yang akan lahir, tidak mempunyai ayah.
Aminah tidak dapat mengawal perasaannya dia menangis semahu-mahunya.
Tetapi orang ramai menyabarkan Aminah. Perasaan dan hati Aminah dijaga.
” Itu semuanya kehendak Tuhan. semuannya kekuasaan Tuhan” pujuk orang
ramai.
Abdul Mutalib, Abu Talib menjaga hati Aminah sebaik-baiknya. Mereka
tahu bagaimana perasaan seorang wanita yang kehilangan suami buat
selama-lamanya. Memang berat penanggungan itu. Seberat bumi dan langit.
Akhirnya, perasaan Aminah yang berkocak itu damai sedikit demi
sedikit. Perutnya makin sehari semakin membasar. Hari yang
ditunggu-tunggu semakin dekat. Akhirnya, saat yang dinanti-nanti itu
tiba juga.
Pada malam Aminah hendak melahirkan Muhammad tidak ada apa-apa tanda
pada dirinya. Aminah menyangka lambat lagi anaknya akan di lahirkan.
tapi dengan tiba-tiba sahaja di subuh hari itu, Aminah melahirkan
Muhammad.
lahirnya sungguh0sungguh mengejutkan keluarga Aminah, kampung
Al-Irash, tempat kelahiran itu riuh rendah dengan berita baru. Muhammad
sejak di lahirkan sudah daoat menarik hati orang ramai. Sebagaimana
anak-anak lain, Muhammad tetap diberi susu oleh ibunya sendiri. Ketika
itu memang ramai wanita yang rela menyusukan Muhammad, tapi Aminah tidak
memberikan diperingkat awal.
Abdul Mutalib, datuk Muhammad nampaknya begitu gembira kerana dia
mendapat cucu. Kehilangan Abdullah, bapa Muhammad di Madinah dulu,
benar-benar terasa baginya. Tapi bila Muammad lahir, seolah-olah itulah
sebagai ganti Abdullah dan Muhammad sebagai bayi yang disayangi.
“Aku namakn dia Muhammad” kata Abdul Mutalib kepada Aminah dan orang
ramai yang berada disitu. Abdul Mutalib bertanya Amina; “Bersetujukah
kau Aminah.” Aminah hanya tersenyum, dia sendiri berasa senang dengan
nama itu, walaupun timbu sedikit kehairanan.
“Muhammad ertinya yang terpuji” aku harap dia akan menjadi manusia yang terpuji nanti” kata Abdul Mutalib dengan bangga.
Memang sebenarnya tidak ada nama Muhammad dikalangan bangsa Arab
selama ini, baik yang sudah besar ataupun yang muda. nama Muhammad
seolah-olah memberi ilham baru kepada Abdul Mutalib. Setelah beberapa
hari badannya kelihatan begitu segar. selepas menyusu pada ibunya, dia
menyusu pula pada seorang perempuan yang bernama Halimah. Halimah ialah
perempuan yang biasa mengambil upah menyusukan bayi. halimah juga
mempunyai anak kecil tetapi beliau tidak keberatan menyusukan Muhammad.
Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota
Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang
kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan
kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak. ini adalah satu rahmat
kepada penduduk kota Mekah. Sungguhpun Muhammad dijaga dengan baik
hingga besar,tapi dia tidaklah hidup dalam kemewahan. Dia hidup
sebagaimana kehidupan orang yang mengasuhnya. Orang yang mengasuhnya
bukanlah orang kaya.
Muhammad telah mengenali erti kesusahan sejak dari kecil lagi. Dia
tahan menghadapi berbagai penderitaan. Muhammad tidak pernah merasai
kasih sayang bapanya yang sebenar. Malah dia tidak tahu apa ertinya bapa
dalam satu-satu keluarga. tapi bila sudah besar sedikit barulah dia
tahu erti bapa. Tetapi Muhammad tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun
kemana pergi bapanya selama ini. Samaada dari ibunya, datuknya mahupun
bapa saudaranya. Hatinya tidak terlintas mahu bertanya. Aminah dan
Abdul Mutalib tidak mahu menyebut-yebut nama bapa Muhammad tambahan
pula di depan Muhammad sendiri. Mereka bimbang hati Muhammad akan
berasa sayu. Mereka kasihan kepada Muhammad.
Ketika berumur empat tahun, Muhammad sudah boleh bertutur.
Kata-katanya teratur. Cakapnya boleh di pakai. Sifatnya boleh
dipercayai. Sungguhpun kecil, dia tahu menjaga hati orang yang
mengasuhnya. Dia tahu menjaga hati datuk serta bapa saudaranya. kalau
aku bertanyakan di mana bapaku tentu ibuku bersedih dan menangis.
Dengan hormat Muhammad pergi mendapatkan ibunya, Aminah. Dia
menghadapi ibunya sambil tersenyum seolah-olah tidak ada kocak di dada
kecil itu. Ibunya tersenyum membayangkan kegembiraan.
“Ibu” seru Muhammad manja.
“Mengapa… Muhammad” sahut Aminah.
“Marahkah kalau saya bertanya?’
“Tanyalah apa sahaja, masakan ibu akan marah” sahut Aminah jujur.
Sebenarnya Aminah tidak menyangka yang Muhammad hendak bertanya tentang bapanya.
“Dimana bapa saya..bu?’ tanya Muhammad.
Aminah memang tidak menyangka soalan itu akan dikemukakan olah
Muhammad. Dia tersentak darahnya berderau naik ke muka. Aminah
menundukkan muka menahan perasaan hiba.
“Dimana bapa saya….bu?” tanya Muhammad Lagi.
Aminah benar-benar tidak dapat menahan perasaannya. Dia cuba menahan
nafas. Hatinya bagai di hiris-hiris. Dengan segera Aminah mengambil
buah kurma lalu di suapkannya ke mulut muhammad. Ini kerana dia tidak
mahu Muhammad menyebut-nyebut pasal ayahnya. Lepas sebiji-sebiji buah
kurma di sumbatkan ke dalam mulut Muhammad. Tapi bila buah kurma itu
habis, Muhammad terus bertanya lagi.
“Dimana bapa saya …bu?” ulangnya.
Sekarang mulut Muhammad sudah tidak boleh ditutup lagi. Dia tetap
bertanyakan bapanya. Aminah seolah-olah hilang akan dibuatnya.
“Di mana bapa saya..bu? ulang Muhammad lagi.
“sebenarnya” Aminah berterus terang ” bapa Muhammad telah meninggal
dunia ketika Muhammad masih dalam kandungan lagi. Dia meninggal dalam
perjalanan pulang dari Syam. Bapa Muhammad seorang peniaga. Dia selalu
merantau kesana ke mari membawa barang-barang dagangan. Malangnya, tiba
di Madinah dia telah jatuh sakit lalu meninggal di sana.”
Muhammad terdiam seolah-olah bertafakur.Tapi di kelopak mata Aminah
bergenang air jernih bila mengingatkan peristiwa lama bersama dengan
suaminya. Muhammad faham perasaan ibunya dalam kesedihan. Dan Muhammad
tahu bahawa itulah sebabnya ibunya tidak mahu bercerita selama ini.
Sekarang barulah Muhammad faham tahu dengan jelas bahawa bapanya sudah
tidak ada lagi. Muhammad tahu bahawa dirinya adalah anak yatim., anak
yang tidak berbapa lagi.
” Muhammad….kau tidak mempunyai bapa. Sungguhpun ada orang yang
bertanggung jawab seperti datuk dan pakcikmu itu,tapi hati-hatilah dalam
hidup ini. Perangai biar baik, berbudi bahasa, Jangan nakal-nakal
nanti orang tidak suka. Jangan hasad dengki nanti orang benci” kata
Aminah memberi nasihat. ” Kematian bapamu sudah sampai masanya. Semua
makhluk Tuhan akan mati apabila sudah sampai masanya” kata Aminah lagi
memujuk.
Rupanya dalam termenung itu, Muhammad mempunyai rancangan hendak
pergi ke kubur bapanya. tapi buat sementara ini dia tidak memberitahu
ibunya tentang rancangan itu. Dia ingin melihat kubur bapanya suatu hari
nanti.
“Ingat” sambung Aminah lagi ” Pada pendapat setengah orang Muhammad
akan menjadi orang besar di Kota Mekah ini. Tanda-tandanya telah banyak
seperti yang ibu sebutkan tadi. Perangai-perangi yang baik harus di
contohi.”
Setelah berumur enam tahun, Muhammad berkata lagi kepada ibunya. Muhammad mahu lihat kubur bapa” katanya.
Aminah terdiam mendengar permintaan Muhammad itu. Walaubagaimanapun Aminah tidak mahu menghampakan permintaan Muhammad.
“Baiklah”kata Aminah kepada Muhammad”. Tapi mesti minta izin dari datukmu.”
Abdul Mutalib tidak menegah hajat itu. Setelah segala persiapan di
buat mereka pun berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan yang susah dan
jauh itu macam-macam cabaran yang di terima. Tapi Muhmmad tabah
menempuhnya. Walaupun letih tapi di atahan menghadapi semua itu.
Akhirnya, sampai juga mereka di Madinah. Hajat Muhammad sampai.
Mereka pergi ke kkuburan. Sungguhpun masih anak-anak tapi Muhammad dapat
menunjukkan kesabaran. Dia sedih tadpi dia dapat menahan kesedihannya
itu. Dia pujuk ibunya yang menangis. Dia pinta ibunya bersabar. Sedikit
sebanyak, dapat juga Muhammad memberi petunjuk kepada ibunya.
Setelah beberapa lama di kuburan itu, Muhammad lalu mengajak ibunya
pulang. Dia cuba damaikan perasaan ibunya dalam perjalanan itu. Tapi
nasib Muhammad memang malang. Ibunya jatuh sakit dalam perjalanan.
Muhammad tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah ibunya
sakit. Masakan boleh orang sakit dipaksa pulang. Muhammad sabar lagi.
kalau ibu sembuh bolehlah pulang, fikirnya. Muhammad terus berusaha
untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu. Tapi penyakit Aminah tidak mahu
sembuh juga. Makin sehari semakin berat. Muhammad tidak putus asa. Tapi
makin sehari semakin berat juga.
Akhirnya, ibu Muhammad meninggal dunia. Ini satu kejadian yang tidak
diduga-duga oleh Muhammad. Tapi Muhammad sabar walaupun tanggungannya
berat. Dan dia menangis dalam sabar. Dia bersedih dalam sabar. Dia
uruskan ibunya.
Kematian Aminah itu menjadikan Muhammad yatim piatu. Tidak punya ibu
dan bapa lagi. Muhammad benar-benar tinggal sebatang kara. Namun
begitu, dia berjaya pulang ke Mekah. Keluarga Muhammad terkejut besar
bila mendengar kematian Aminah. Tapi Abdul Mutalib tidak menunjukan
kesedihan walaupun hatinya pedih dan hancur. Dia pujuk Muhammad supaya
jangan bersusah hati.”Jangan kemana-mana. Tinggal sahaja di rumah
datuk,” pujuk Abdul Mutalib sambil mengusap-usap rambut Muhammad. Abdul
Mutalib sambil adalah datuk Muhammad yang sebenar. Kasih sayangnya
kepada Muhammad memang tidak dapat diragukan lagi.
Muhammad mendengar pujukan datuknya itu. Dia berfikir lakunya. Tapi
sekarang Muhammad tahu akan dirinya. Bergantung kasih kepada seorang
datuk yang sudah tua.
SELEPAS ibu nabi wafat, maka Nabi terus berada dalam peliharan dan
perlindungan datuknya Abdul Mutalib. Pengasuhnya yang bernama Ummu Aiman
makin sayang kepada Nabi. Di sebabkan kasih sayang datuknya itu maka
Nabi juga sangat sayang kepada datuknya. Apabila Abdul Mutalib berada
dalam suatu majlis, tidak ada anak atau cucunya yang berani duduk
berhampirannya kalau tidak di ajaknya. Ini berlainan pula dengan Nabi.
Baginda segera mendekati datuknya dan datuknya pula akan menyuruh Nabi
Sentiasa duduk di sampingnya.
Pada satu kali, Nabi terus sahaja duduk di tempat yang khas untuk
Abdul Mutalib. Melihat ini, bapa-bapa saudaranya berkata, “Muhammad!
Jangan kamu duduk di tempat duduk datukmu!”
Kebetulan pada waktu itu Abdul Mutalib tiba lalu berkata. ” Biarkan
cucuku ini duduk di tempat itu, kerana dia memang suka kepada
kebesaran!”
Semenjak Nabi dalam pemeliharan Abdul Mutalib, Abdul Mutalib tidak
pernah memanggil cucunya itu dengan perkataan ‘cucu’ tetapi dengan
perkataan ‘anak saya’. Meskipun beliau tahu apa yang di kisahkan oleh
Raja Saif Zi Yazan mengenai diri Nabi, namun demi kepentingan dan
keselamatan cucunua, beliau tidak pernah menceritakan apa-apa kepada
sesiapapun, walaupun kepada Abu Talib yang akan menerimanya kelak.
Selama hayatnya, setiap hari Abdul Mutalib sentiasa pergi ke Masjidil
Haram. Kemudian sekali dalam setahun beliau pergi mengikuti rombingan
kaumnya berniaga ke negeri Syam. Waktu itu umur Abdul Mutalib ialah 100
tahun.
Pada suatu hari, apabila Abdul Mutalib tahu dirinya akan meninggalkan
dunia, beliau pun menyuruh khadamnya memanggil semua anaknya ke
sisinya. Ketika itu, Nabi berada di belakan tempat tidur Abdul Mutalib
mendengar dan memerhatikan segala pengalaman datuknya yang sedang sakit
itu.
Apabila semua anaknya itu telah berada di hadapannya, maka Abdul Mutalib pun berkata.
“Anak-anakku, tidak lama lagi aku akan kembali ke negeri yang kekal
abadi. Oleh itu sebelum aku menghembuskan nasafku yang akhir, ada suatu
pesanku yang penting.”
Abdul Mutalib lalu berpaling mencari-cari Nabi. Bila beliau melihat Nabi, beliau pun memegang tangan Nabi sambil bersuara,
“Aku berpesan kepada kamu sekalian supaya menjaga anakku, yang kecil ini! jagalah dia baik-baik.”
Mendengar ini , Al-Abbas bin Abdul Mutalib anaknya yang berada sekali diantara anak-anaknya yang lain berkata.
“Jika itu yang ayahanda hendakkan, biarlah anakanda menjaga Muhammad.
Anakanda tidak mempunyai anak, lagipun anakanda mampu menyaranya!.”
Mendengar kata-kata Al-Abbas tadi anak-anak Abdul Mutalib memandang
sahaja kepada ayahanda mereka yang terbaring di atas tempat tidurnya.
Mereka menanti sama ada Abdul Mutalib bersetuju atau tidak dengan
permintaan Al-Abbas tadi.
“Aku tahu! aku tahu! kamu memang mampu daripada segala
saudara-saudaramu! tatapi dalam hal ini biarlah aku berlaku adil! Abdul
Mutalib berhenti seketika daripada berkata-kata. Beliau mengumpulkan
sehala kekuatannya untuk meneruskan kata-katanya lagi. Setelah berhenti
sejenak, beliau pun berkata.
“Supaya adil biarlah aku suruh anakku sendiri memilih kepada siapa yang disukainya. Pemilihan anakku ini adalah muktamad!”
Abdul Mutalib lalu memegang tangan Nabi dengan penuh kasih sayang dan penuh kasih mesra. Kemudian beliau pun berkata.
:Anakku, pilihlah dengan siapa anakku akan tinggal selepas datuk tidak ada lagi nanti!”
Nabi memandang datuknya dengan penuh hiba dan saya, Kemudian Nabi
memandang satu persatu bapa-bapa saudaranya yang berada di hadapannya.
Tiba-tiba matanya tertumpu kepada Abu Talib dan lekas-lekas
menghampirinya, kemudian memegang tangannya.
“Nah! anakku telah memilih kamu Abu Talib. Aku tahu engkau mempunyai
ramai anak. Oleh itu aku harap engkau menjaga anakku lebih daripada
anakmu sendiri. Semoga dengan penjagaan engkau yang demikian, Tuhan
akan memberkati engkau!”
“Memang, sejak beberapa lama, apabila Abdul Mutalib keluar dari kota
Mekah, Nabi sering di serahkan kepada Abu Talib. Walaupun Abdul Mutalib
tahu, anaknya ini miskin tetapi beliau kaya dengan hati budinya. Dan
pilihan Nabi terhadap Abu Talib memang tepat sekali.
Tidak lama kemudian, Abdul Mutalib pun meninggal dunia. Nabi sungguh
dukacita dengan kematian datuknya yang sangat di sayanginya.
Berhari-hari Nabi merasa kehilangan sesuatu. Dulu dia telah kehilangan
ibunya, sekarang datuk yang di sayanginya pula telah pergi
meninggalkannya.
Melihat kesedihan Nabi demikian rupa, Abu Talib cuba menghibur Nabi
dengan mengajak Nabi bermain-main dengan anak-anaknya. Demikianlah
berkat kesabaran dan ketekunan Abu Talib, Nabi merasakan kehilangan
datuknya telah berganti. Abu Talib juga sangat sayang kepadanya.
ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan
mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui ataiu
menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Meskipun beliau dan
keluarganya hidup miskin, namun tidak pernah dia meminta-minta kepada
saudara-saudaranya itu. Dia tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menyara seluruh keluarganya.
Kemudian, apabila Nabi tinggal bersama-sama dengannya, kehidupan kian
bertambah baik dan diberkati Allah. Beliau bersyukur kerana
kehidupannya semakin bertambah baik.
Apabila tiba musim bunga dan musim kafilah Mekah untuk berniaga ke
Syria, Abu Talib telah merancang-rancang untuk turut berniaga kesana.
Bebarapa hari sebelum bertolak Nabi telah mendengar bahawa bapa
saudaranya itu akan pergi ke Syria selama sebulan atau 2 bulan lamanya.
Nabi ketika itu berumur kira-kira 12 tahun. Semenjak Nabi mendengar
bapa saudaranya akan pergi itu, Nabi begitu gelisah sekali dan
hampir-hampir tidak dapat tidur pada malamnya.
Pada pagi Abu Talib hendak bertolak dan sedang bersiap-siap itu Abu
Talib melihat anak saudaranya itu sedih sekali. Abu Talib merasa bahawa
kesedihan Nabi itulah disebabkan oleh pemergiannya ke Syria. Beberapa
hari sebelum Abu Talib ke Syria, dia pernah berunding dengan Al-Abbas
mengenai Muhammad.
“Saya kadang-kadang kasihan kerana terpaksa berpisah dengan Muhammad!’ ujarnya memulakan perbicaraan.
“Memang! tetapi untuk membawa kanak-kanak yang di bawah umur dan
menempuh padang pasir yang luas dan kering kontang berhari-hari akan
menyusahkan Muhammad sahaja!” terang Al-Abbas.
“Sebab itulah aku tidak mahu membawanya! tetapi hati kecilku amat
kasihan kepadanya. Kerana semenjak ayah kita meninggal dunia, dia tidak
pernah berpisah dariku!”
“Aku masih ragu-ragu sekarang sama ada mahu membawanya atau tidak!” terang Abu Talib lagi.
“Engkau pergilah sahaja! Aku akan menjaganya semasa engkau di sana.
Sebulan dua bukanlah lama! jika terjadi sesuatu kepadanya di perjalanan
adalah lebih teruk daripada dia berada di rumah!” nasihat Al-Abbas.
Mendengar kata-kata abangnya ini, Abu Talib memutuskan tidak membawa
Muhammad yang masih muda itu. Umurnya baru 12 belas tahun. Akan
tahankah anak yang berumur 12 tahun mengharungi padang pasir yang luas
dan kering kontang hingga berhari-hari? Ini lah yang sering menghalang
Abu Talib daripada membawa anak saudaranya yang di kasihi itu.
Tetapi pada hari Abu Talib akan berangkat, NAbi telah merayu-rayu
kepada Abu Talib supaya membawa bersama-samanya. Abu Talib melihat
betapa anak saudaranya itu tidak mahu berpisah daripadanya. Malah pada
ketika itu, perasaaan kasih Abu Talib dan pesanan ayahnya Abdul Mutalib
terdengar-dengar di telinganya.
“Aku harap engkau akan mendahulukan urusan Muhammad daripada urusan engkau dan keluarga engkau sendiri! itulah pesanku utama!’
“Demi Allah, biarlah apapun terjadi, aku tidak akan berpisah dan meninggalkannya sendirian!”
“Bukankah ini akan menjadikan bebanmu bertambah wahai Abu Talib?’
ujar kawan kafilahnya apabila melihat Abu Talib maembawa Nabi
bersama-samanya.
“Tidak, Syarif! tidak! dengan adanya anak saudaraku disisiku aku akan
dapat melihat lebih jauh dan perasaanku lebih gembira, InsyaAllah
jawab Abu Talib dengan tegas.
Demikianlah, dengan hati yang lapang dan penuh keyakinan Abu Talib
telah membawa anak saudaranya bersama-sama ke Syria. Beliau yakin
sebagaimana anak saudaranya selalunya, segala pekerjaannya yang sukar
sering di berkati oleh Allah dengan kehadiran anak saudaranya itu.
SETELAH Nabi mula dewasa sedikit, baginda telah bekerja menggembala
kambing bersama-sama saudara susunya di pergunungan Bani Saad.
Pengalaman ini kemudiannya di sambung ketika Nabi tinggal bersama-sama
bapa saudaranya Abu Talib.
Melihatkan keadaan yang di tanggung oleh bapa saudara yang miskin
itu, baginda telah meminta kebenaran untuk mengembala kambing-kambing
jiran-jirannya dengan mendapat sedikit upah. Dengan demikian Nabi dapat
juga membantu bapa saudaranya yang miskin itu.
Pada suatu hari, ketika Nabi menggembala kambing-kambingnya
bersama-sama teman-temannya, baginda mendapat tahu ada suatu keramaian
di Kota Mekah pada malam itu. Nabi seperti anak-anak muda yang lain
ingin mengunjungi tempat keramaian itu, lalu berkata kepada seorang
temannya.
“Bolehkah engkau melihat-lihat kambing saya, kerana saya ingin benar
masuk Kota Mekah beramai-ramai di sana seperti pemuda-pemuda yang
lain-lain!”
“Mengapa tidak! engkau selalu menolongku menjaganya dan kali ini
bolehlah engkau pergi pula!” ujar temannya secara bersungguh-sungguh.
Kemudian Nabi pun keluar. Baginda menuju ketempat tiu, bunyi-bunyian
pancaragam itu kian kuat terdengar ketelinganya. entah bagaimana
tiba-tiba Nabi merasa amat mengantuk lalu tertidur ditepi rumah yang
pertama sehingga waktu pagi. Seorang pun tidak membangunkan Nabi di
situ, sehingga baginda terasa perit oleh panas matahari yang menimpa
tubuhnya. Setelah itu Nabi pun kembali menemui teman yang menjaga
kambingnya.
Setibanya di tempat kawannya itu, temannya berkata. “Apakah yang
engkau lakukan disana Muhammad?” Nabi tersenyum mendengar pertanyaan
kawannya itu, lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas
dirinya.
Buwanah ialah nama sebuah berhala. Semasa diadakan pesta Buwanah,
orang Qiraisy akan datang beramai-ramai dan menyembelih haiwan-haiwan
mereka sambil bersumpah di hadapan berhala tersebut. Abu Talib telah
mengajak Nabi menghadiri pesta itu. PAda mulanya Nabi tidak mahu turut
dalam upacara tersebut. Tetapi ibu saudara Nabi berkata dengan nada
marah.
“Kami takut jika engkau tidak mahu turut dalam pesta-pesta kami, nanti engkau akan menjauhi tuhan-tuhan kita!”
Untuk menjaga hati ibu saudaranya ini, Nabi terpaksa pergi juga ke
upacara itu. Tetapi sebaik sahaja Nabi tiba di tempat itu, Nabi
ketakutan dan ingin pulang segera. Melihat ini ibu saudaranya bertanya.
“Apa yang menakutkan engkayu Muhammad?”
“Saya takut diganggu syaitan!” jawab Nabi sungguh-sungguh.
“Orang yang mempunyai sifat-sifat baik seperti engkau tidak akan di
cubai Allah dengan sangguan syaitan! katakanlah apakah yang sebenarnya
telah engkau lihat?” soal ibu saudara Nabi apabila melihat anak
saudaranya yang ketakutan itu.
“Setiap kali saya mendekati sebuah berhala, saya nampak seorang lelaki putih yang tinggi berteriak-teriak mengatakan:
“Mundur kau Muhammad! Mundur! Jangan sentuh!”
Abu Talib terpaksa menghantar Nabi pulang kerumahnya.
Semenjak kejadian itu Abu Talib tidak pernah mengajak Nabi menghadiri upacara-upacara yang berhubung dengan berhala.
Semenjak hari itu Abu Talib juga merasai adanya keanehan pada anak
saudaranya itu. Sejak Nabi berada di dalam rumahnya tidak pernah beliau
melihat Nabi makan tanpa mengucapkan ‘Bismillahi Ahad’ begitu juga
ketika selesai makan dan minum Nabi mengucapkan ‘Alhamdulillah’ pula.
Malah yang menarik hati Abu Talib kepada budi pekerti anak saudaranya
ini ialah Nabi tidak pernah berdusta atau melakukan sesuatu perbuatan
jahilliyah. Bahakan anak saudaranya itu tidak pernah dilihatnya berdiri
bersama-sama kanak-kanak yang lain bermain-main.
Abu Talib dapat melihat keistimewaan anak saudaranya itu ketika musim
kemarau di Mekah yang hebat sekali. Oleh keranahebatnya kemarau itu,
orang Quraisy telah membawa lembu-lembu mereka ke atas pergunungan yang
sukar dinakiki. Kemudian pada ekor lembu-lembunya itu diikatkan 2
ranting kayu yang berdaun. Ranting-ranting kayu yang ada pada ekor lembu
inilah yang akan dibakar sebagai permohonan supaya hujan turun.
Menurut pendapat dan kepercayaan mereka, apabila lembu-lembu yang telah
diikatkan dengan ranting-ranting yang sedang terbakar itu, berlari
kesana-ke mari, maka akan turunlah hujan dengan lebatnya. Malangnya
usaha-usaha tradisi ini tidak memberikan apa-apa hasil yang dikehendaki.
Kemudian, dengan penuh keyakinan bahawa anak saudaranya itu akan
dapat membantu keadaan yang semakin mencemaskan itu, Abu Talib pun
membawa Nabi ke Kaabah. Setibanya di dalam Kaabah, Abu Talib pun sujud
dan meminta bersungguh-sungguh kepada Allah supaya menurunkan hujan
keatas kota Mekah yang kering kontang itu.
Dengan kuasa Allah maka berkumpullah awan dari sana sini, kemudian
menjadi hitam lalu turunlah hujan yang lebat sehingga lembah Mekah penuh
digenangi air. Melihat keajaiban ini, Abu Talib kian yakin bahawa anak
saudaranya ini mempunyai suatu keistimewaan dalam dirinya yang
dianugerahi Allah. Oleh yang demikian, semenjak kejadian kemarau itu Abu
Talib tidak mahu lagi berpisah dengan Nabi baik pada waktu siang
mahupun pada waktu malam.
“Patutlah ayahku berpesan kepadaku, supaya mendahulukan urusan Muhammad daripada urusannya sendiri dan urusan keluarganya”.
KEWAFATAN RASULULLAH.
Pada tahun kesepuloh Hijrah, Rasulullah bersama dengan 100 ribu orang
islam telah berangkat dari Madinah ke Mekah untuk mengerjakan fardhu
haji. Ketika menunaikan haji pada kali itu Rasulullah telah
menyampaikan ucapan bersejarah yang merupakan sebagai undang-undang
Islam yang kekal untuk selama-lamanya:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan
bapa kamu satu. Kamu semua daripada Adam, dan Adam dijadikan daripada
tanah.”
“Sesungguhnya semulia-mulia orang di sisi Allah ialah orang yang
paling banyak berbakti kepada Allah, yakni orang yang paling bertaqwa
kepada Allah.”
“Tidak ada kelebihan antara seorang yang bukan bangsa Arab melainkan
dengan taqwanya, yakni dengan amal kebajikan dan dengan taat setianya
kepada Allah. Taat kepada Allah ialah dengan menunaikan kewajipan yang
di wajibkan dan dengan meninggalkan larangan-larangan yang di larang
olehnya.”
Setelah 3 bulan baginda kembali dari menunaikan hajinya yang
terakhir, baginda jatuh sakit. Penyakit Rasulullah semakin hari semakin
bertambah berat dan membimbangkan.
Orang Islam Madinah khasnya kaum Ansar telah berhimpun berhampiran
Masjid tempat kediaman Rasulullah. Baginda pun keluar dipapah oleh
Saidina Ali bin Abi Talib dan Al-Abbas.
Rasulullah yang keluar dengan kepala berlilit kain itu lalu duduk di
atas tangga mimbar dan berucap kepada orang ramai yang menunggu di
situ.
“Wahai orang-orang islam! aku mendapat tahu bahawa kamu sekalian
begitu bimbang akan kewafatan Nabi kamu. Adakah pernah berlaku seorang
Nabi, sebelum daripadaku diutuskan oleh Allah hidup kekal, tidak wafat?
Ketahuilah sesungguhnya aku akan meninggalkan kamu, kembali ke
rahmatullah dan kamu sekalian juga akan menurut saya. Aku suka berpesan
kepada kamu sekalian, wahai orang Ansar, supaya sentiasa berbaik-baik
dengan orang Muhajirin. Begitu juga orang Muhajirin hendaklah
berbaik-baik dengan orang Ansar!”
Pada hari Isnin, 13 Rabiul-Awal tahun ka 11 Hijrah, bersamaan 8 Jun
632 Masihi, Rasulullah pun wafat setelah selesai menjalankan tugas dan
kewajipannya menyampaikan agama Allah dan menyempurnakan amanah Allah
dalam usianya 63 tahun.
Demi berita ini di ketahui oleh Abu Bakar, Abu Bakar pun datang
menuju ke Mayat baginda yang sedang tertutup dengan kain penutup. Abu
Bakar membuka kain penutup itu lalu memandang wajah Rasulullah sambil
berkata:
“Demi kemulian dua ibu bapaku, sesungguhnya engkau wahai Rasulullah
telah hidup sebagai orang yang amat mulia, engkau juga amat mulia pada
masa wafat. Dengan wafatnya engkau, putuslah zaman kenabian, sedangkan
wafatnya nabi-nabi yang lain sebelum engkau, zaman kebangkitan nabi-nabi
masih berlaku.”
“Maha besar sifat engkau wahai Rasulullah, sesungguhnya tangisan
tidak memadai untuk mengenangkan engkau, sebagai seorang makhluk yang
agung dan mempunyai keistimewaan yangtidak ada pada orang lain. Wahai
Tuhanku, sampaikan salamku kepadanya. Wahai Muhammad, ingatlah kami
sewaktu engkau di sisi Tuhan!”
Setelah selesai Abu Bakar berkata-kata demikian, beliau pun berucap
keluar mendapatkan ornag ramai lalu membuat ucapan yang bersejarah
kepada mereka.”
“Wahai sekelian yang hadir! barangsiapa yang menyembah Nabi Muhammad
maka sesungguhnya Nabi Muhammad telah wafat, tetapi barang siapa yang
menyembah Allah maka sesungguhnya Allah hidup selama-lamanya. Dia tidak
akan mati.Sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, telah lalu
sebelumnya beberapa orang pesuruh Allah yang lain. Sekiranya dia wafat
atau terbunuh maka janganlah kamu kembali menjadi sesat. Barangsiapa
yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu tidak akan memudaratkan
Allah. Allah akan membalas hambanya yang Syukur!”
Sehingga kini, makam Rasulullah di dalam Masjid Madinah Sering dikunjungi oleh umat Islam.
—————————————————————————
Di Copy Dari http://www.sengkarai.com
Di Copy Dari http://www.sengkarai.com



0 komentar:
Posting Komentar